Friday, April 13, 2012

We Love Jesus More Than You Do


Siapakah Jesus bagi diriku dan umat Islam yang lain?

Aku adalah seorang Muslim kerana agamaku adalah Islam.  Jadi aku percaya bahawa Tuhan itu satu, hanya Allah SWT dan Muhammad SAW adalah utusannya yang terakhir. Jadi siapa Jesus bagi diriku? Aku percaya bahawa Jesus atau nama arabnya Isa A.S. adalah salah satu utusan Allah SWT. Aku juga percaya dia lahir secara ajaib dimana ibunya Mary (Maryam) mengandungkan dia tanpa suami dengan kuasa Allah. Aku percaya Jesus menyembuhkan orang buta dan orang yang mempunyai penyakit. Aku juga percaya Jesus menghidupkan orang yang telah mati. Namun aku tidak percaya bahawa dia melakukannya dengan kuasanya sendiri. Orang Kristian sangat berkeras bahawa Jesus melakukannya dengan kuasanya sendiri. Jika itu kata mereka, mereka harus berdepan dengan kitab mereka sendiri dimana di dalam gospel menurut John, Jesus berkata:

                “30 By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but him who sent me. 31 “If I testify about myself, my testimony is not true”. John 5: 30-31 (NIV).

Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Jesus melakukan segala keajaiban bukan dengan kuasanya sendiri tapi atas kehendak Tuhan yang telah mengutuskannya. Jesus juga mengaku, jika sesuatu perkara itu datang dari dirinya sendiri, jelaslah bahawa perkara itu tidak benar kerana dia hanya utusan Tuhan.

Adakah aku mengikut ajaran Jesus??

Sebagai Muslim, aku mengikut segala ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran Nabi Muhammad pula berkait rapat dengan apa yang diajar oleh Ibrahim A.S, Musa A.S dan nabi-nabi lain. Manakala ajaran Jesus pula berteraskan ajaran Musa (Moses). Hal ini secara tidak lansung menjadikan aku pengikut ajaran Jesus. Disini aku sertakan ajaran yang masih dipraktikkan oleh aku dan juga semua umat Islam di muka bumi ini:

1. Menghindari Babi.

7 And the pig, though it has a divided hoof, does not chew the cud; it is unclean for you. 8 You must not eat their meat or touch their carcasses; they are unclean for you. Leviticus 11:7-8 (NIV)

Jadi berdasarkan ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa adalah haram untuk menyentuh khinzir lagikan memakannya. Namun jika kita lihat pada masa kini, kebannyakkan orang Kristian memakan khinzir namun tidak bagi umat Islam.


2. Mengambil Alcohol.

9 Listen, my son, and be wise, and set your heart on the right path:  20 Do not join those who drink too much wine or gorge themselves on meat, 21 for drunkards and gluttons become poor, and drowsiness clothes them in rags. Proverbs 23: 19-21 (NIV)

"Envyings, murders, DRUNKENNESS, revelings, and such like: of the which I tell you before, as I have told you in time past, that THEY WHICH DO SUCH THINGS SHALL NOT INHERIT THE KINGDOM OF GOD." Galatians 5:21

Dua ayat di atas pula jelas menunjukkan pengharaman alcohol. Namun jika kita lihat masa kini, Muslim tidak mengambil alcohol namun kebanyakkan orang Kristian mengambil alcohol. Ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam  lebih mengamalkan ajaran Jesus berbanding orang Kristian.

3. Berkhatan bagi lelaki.

Sebagai permulaan bagi topik ini, muslim wajib berkhatan kerana mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Jadi kerana mewarisi ajaran nabi Ibrahim, semua umat Islam diwajibkan berkhatan. Bagaimana pula dengan Jesus? Adakah dia berkhatan?

21On the eighth day, when it was time to circumcise him, he was named Jesus, the name the angel had given him before he had been conceived. Luke 2: 21 (NIV)

Jesus telah dikhatankan pada hari kelapan dia dilahirkan. Umat Islam pula wajib berkhatan namun bagi umat Kristian, berkhatan bukan satu kewajipan. Hal yang demikian kerana mereka menturuti ajaran St. Paul yang mengatakan berkhatan tidak memberi apa-apa faedah. Namun bila kita lihat kajian hari ini, jelas menunjukkan bahawa berkhatan dapat memberi faedah dari segi kesihatan.

 4. Membuka kasut sebelum masuk ke dalam tempat ibadah.

5 “Do not come any closer,” God said. “Take off your sandals, for the place where you are standing is holy ground.” Exodus 3:5 (NIV)

Jika kita lihat pada masa kini, kebanyakkan gereja membenarkan pemakaian kasut. Namun ayat diatas menyatakan bahawa Tuhan memerintahkan Moses untuk menanggalkan kasut sebelum melangkah ke tempat ibadah. Jika kita lihat, umat Islam tidak memakai kasut ketika melangkah masuk ke dalam masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa kita masih mengamalkan ajaran nabi-nabi terdahulu.

5. Berwudhu’ (Ablution)

 31and Moses and Aaron and his sons used it to wash their hands and feet. 32 They washed whenever they entered the tent of meeting or approached the altar, as the LORD commanded Moses. Exodus 40: 31-32 (NIV)

Ini juga salah satu perintah Tuhan kepada Moses sebelum beribadah. Kita sebagai muslim masih mengamalkannya dan cuma caranya telah diberi penambahan sebagaimana kita tahu kedatangan Muhammad S.A.W. bukanlah untuk memperkenalkan Islam namun untuk melengkapkan Islam. Selain itu berwudhu’ juga merupakan perbuatan menjaga kerbesihan. Bayangkan, membasuh muka, kepala, tangan dan kali paling kurang 5 kali sehari.

6. Sujud ketika solat.

Adakah sujud ketika menyembah Tuhan sesuatu yang baru yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W? Semestinya tidak. Namun bila mereka yang bukan Islam melihat cara umat Islam bersolat, ada diantara mereka yang akan tergelak dengan mengatakan itu perbuatan yang pelik. Oleh itu, suruh mereka baca kitab mereka semula.

“And Abraham fell on his face: and God talked with him,saying,” Genesis 17:3

And Joseph brought them out from between his knees, and he bowed himself with his face to the earth. Genesis 48:12

"And Moses made haste, and bowed his head toward the earth, and worshipped." Exodus 34:8

"And he (Jesus) went a little farther, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou wilt.” Matthew 26:39

Ayat-ayat diatas menunjukkan bagaimana nabi-nabi seperti Abraham (Ibrahim A.S.), Joseph (Yusuf A.S.), Moses (Musa A.S.) dan juga Jesus menyembah dan beribadah kepada Tuhan. Dan inilah juga cara umat Islam menyembah Allah dan bersolat. Dan inilah juga satu-satunya cara untuk menyembah pencipta kita. Jika ada cara yang lebih baik, suruh mereka tunjukkan kepada kita.

Sebagai penambahan, orang Yahudi mempunyai cara solat yang hamper sama dengan Muslim kecuali mereka tiada rukuk. Hal yang demikian kerana, orang Yahudi Orthodox masih berpegang pada kita ajaran nabi-nabi terdahulu. Bila ditanya kepada orang kristian kenapa mereka tidak mengamalkan ajaran nabi-nabi terdahulu, mereka akan berkata bahawa “itu semua peraturan dalam perjanjian lama dan Jesus datang untuk memperbaharuinya”. Namun Jesus sendiri berkata:

 17 “Do not think that I have come to abolish the Law or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them.” Matthew 5:17 (NIV)

Sebagai penutup, apa yang aku ingin tekankan disini ialah, jika Christian bermaksud “Seseorang yang mengikut ajaran Jesus Christ” ini bermakna semua Muslim di dunia ini adalah lebih Christian daripada orang-orang Christian yang ada. Hal yang demikian kerana umat Islam masih mengekalkan ajaran nabi-nabi terdahulu yang juga diamalkan oleh Jesus Christ dan kami sayang Jesus lebih dari bagaimana kamu menyayangi dia. Terima kasih. Assalamualaikum.

By,
Servant of Allah

No comments:

Post a Comment