Wednesday, June 6, 2012


Triniti

Apakah itu Triniti?
Triniti merupakan doktrin ahli kitab dimana mereka percaya Tuhan itu satu didalam 3 bentuk iaitu Tuhan Bapa (God the Father), Jesus (God the Son) dan Roh Kudus (Holy Spirit). Walaupun dalam 3 bentuk, mereka akan tetap menekankan bahawa ketiga-tiga itu adalah satu dan akan memberikan beberapa  analogi seperti analogi air (pepejal, cecair, gas).

Bagaimana logiknya triniti?
Sesungguhnya konsep ini sungguh tidak masuk akal kerana jika disebut tentang Tuhan Bapa, akan melekat di fikiran mereka tentang seorang tua seakan bapa, manakala jika disebut tentang Jesus, mereka akan mula terbayang tentang seorang lelaki tampan, berjubah putih, berjanggut, bermata biru dan jika disebut tentang Roh Kudus, mereka akan terfikir tentang burung merpati yang turun dari langit. Mereka sama sekali tidak akan dapat memikirkan Tuhan dalam satu bentuk kerana didalam fikira mereka, mereka tetap memikirkan 3 karakter ini!

Wujudkah Triniti di dalam Bible?
Sesungguhnya boleh dikatakan tiada triniti di dalam bible. Ayat paling kuat untuk menyokong doktrin ini ada pada 1 John 5:7 melalui terjemahan King James Version (KJV) “For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one.” Namun ayat ini hanya boleh didapati melalui terjemahan KJV kerana pada 1902 setelah dirujuk kembali berdasarkan manuskrip Bible terawal, yang dirujuk oleh 32 skolar Christian pada tahap tertinggi, mereka mengatakan bahawa ayat ini merupakan pemalsuan dan penambahan dan mereka telah membuang ayat ini keluar daripada Bible. Jika kita pergi ke terjemahan selepas KJV, sesungguhnya ayat ini tidak wujud lagi. Dengan erti kata lain, triniti telahpun tiada di dalam Bible itu sendiri dah umat Kristian sesungguhnya telah jauh terpesong dari ajaran sebenar Jesus. 


Friday, April 13, 2012

We Love Jesus More Than You Do


Siapakah Jesus bagi diriku dan umat Islam yang lain?

Aku adalah seorang Muslim kerana agamaku adalah Islam.  Jadi aku percaya bahawa Tuhan itu satu, hanya Allah SWT dan Muhammad SAW adalah utusannya yang terakhir. Jadi siapa Jesus bagi diriku? Aku percaya bahawa Jesus atau nama arabnya Isa A.S. adalah salah satu utusan Allah SWT. Aku juga percaya dia lahir secara ajaib dimana ibunya Mary (Maryam) mengandungkan dia tanpa suami dengan kuasa Allah. Aku percaya Jesus menyembuhkan orang buta dan orang yang mempunyai penyakit. Aku juga percaya Jesus menghidupkan orang yang telah mati. Namun aku tidak percaya bahawa dia melakukannya dengan kuasanya sendiri. Orang Kristian sangat berkeras bahawa Jesus melakukannya dengan kuasanya sendiri. Jika itu kata mereka, mereka harus berdepan dengan kitab mereka sendiri dimana di dalam gospel menurut John, Jesus berkata:

                “30 By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but him who sent me. 31 “If I testify about myself, my testimony is not true”. John 5: 30-31 (NIV).

Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Jesus melakukan segala keajaiban bukan dengan kuasanya sendiri tapi atas kehendak Tuhan yang telah mengutuskannya. Jesus juga mengaku, jika sesuatu perkara itu datang dari dirinya sendiri, jelaslah bahawa perkara itu tidak benar kerana dia hanya utusan Tuhan.

Adakah aku mengikut ajaran Jesus??

Sebagai Muslim, aku mengikut segala ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran Nabi Muhammad pula berkait rapat dengan apa yang diajar oleh Ibrahim A.S, Musa A.S dan nabi-nabi lain. Manakala ajaran Jesus pula berteraskan ajaran Musa (Moses). Hal ini secara tidak lansung menjadikan aku pengikut ajaran Jesus. Disini aku sertakan ajaran yang masih dipraktikkan oleh aku dan juga semua umat Islam di muka bumi ini:

1. Menghindari Babi.

7 And the pig, though it has a divided hoof, does not chew the cud; it is unclean for you. 8 You must not eat their meat or touch their carcasses; they are unclean for you. Leviticus 11:7-8 (NIV)

Jadi berdasarkan ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa adalah haram untuk menyentuh khinzir lagikan memakannya. Namun jika kita lihat pada masa kini, kebannyakkan orang Kristian memakan khinzir namun tidak bagi umat Islam.


2. Mengambil Alcohol.

9 Listen, my son, and be wise, and set your heart on the right path:  20 Do not join those who drink too much wine or gorge themselves on meat, 21 for drunkards and gluttons become poor, and drowsiness clothes them in rags. Proverbs 23: 19-21 (NIV)

"Envyings, murders, DRUNKENNESS, revelings, and such like: of the which I tell you before, as I have told you in time past, that THEY WHICH DO SUCH THINGS SHALL NOT INHERIT THE KINGDOM OF GOD." Galatians 5:21

Dua ayat di atas pula jelas menunjukkan pengharaman alcohol. Namun jika kita lihat masa kini, Muslim tidak mengambil alcohol namun kebanyakkan orang Kristian mengambil alcohol. Ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam  lebih mengamalkan ajaran Jesus berbanding orang Kristian.

3. Berkhatan bagi lelaki.

Sebagai permulaan bagi topik ini, muslim wajib berkhatan kerana mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Jadi kerana mewarisi ajaran nabi Ibrahim, semua umat Islam diwajibkan berkhatan. Bagaimana pula dengan Jesus? Adakah dia berkhatan?

21On the eighth day, when it was time to circumcise him, he was named Jesus, the name the angel had given him before he had been conceived. Luke 2: 21 (NIV)

Jesus telah dikhatankan pada hari kelapan dia dilahirkan. Umat Islam pula wajib berkhatan namun bagi umat Kristian, berkhatan bukan satu kewajipan. Hal yang demikian kerana mereka menturuti ajaran St. Paul yang mengatakan berkhatan tidak memberi apa-apa faedah. Namun bila kita lihat kajian hari ini, jelas menunjukkan bahawa berkhatan dapat memberi faedah dari segi kesihatan.

 4. Membuka kasut sebelum masuk ke dalam tempat ibadah.

5 “Do not come any closer,” God said. “Take off your sandals, for the place where you are standing is holy ground.” Exodus 3:5 (NIV)

Jika kita lihat pada masa kini, kebanyakkan gereja membenarkan pemakaian kasut. Namun ayat diatas menyatakan bahawa Tuhan memerintahkan Moses untuk menanggalkan kasut sebelum melangkah ke tempat ibadah. Jika kita lihat, umat Islam tidak memakai kasut ketika melangkah masuk ke dalam masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa kita masih mengamalkan ajaran nabi-nabi terdahulu.

5. Berwudhu’ (Ablution)

 31and Moses and Aaron and his sons used it to wash their hands and feet. 32 They washed whenever they entered the tent of meeting or approached the altar, as the LORD commanded Moses. Exodus 40: 31-32 (NIV)

Ini juga salah satu perintah Tuhan kepada Moses sebelum beribadah. Kita sebagai muslim masih mengamalkannya dan cuma caranya telah diberi penambahan sebagaimana kita tahu kedatangan Muhammad S.A.W. bukanlah untuk memperkenalkan Islam namun untuk melengkapkan Islam. Selain itu berwudhu’ juga merupakan perbuatan menjaga kerbesihan. Bayangkan, membasuh muka, kepala, tangan dan kali paling kurang 5 kali sehari.

6. Sujud ketika solat.

Adakah sujud ketika menyembah Tuhan sesuatu yang baru yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W? Semestinya tidak. Namun bila mereka yang bukan Islam melihat cara umat Islam bersolat, ada diantara mereka yang akan tergelak dengan mengatakan itu perbuatan yang pelik. Oleh itu, suruh mereka baca kitab mereka semula.

“And Abraham fell on his face: and God talked with him,saying,” Genesis 17:3

And Joseph brought them out from between his knees, and he bowed himself with his face to the earth. Genesis 48:12

"And Moses made haste, and bowed his head toward the earth, and worshipped." Exodus 34:8

"And he (Jesus) went a little farther, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou wilt.” Matthew 26:39

Ayat-ayat diatas menunjukkan bagaimana nabi-nabi seperti Abraham (Ibrahim A.S.), Joseph (Yusuf A.S.), Moses (Musa A.S.) dan juga Jesus menyembah dan beribadah kepada Tuhan. Dan inilah juga cara umat Islam menyembah Allah dan bersolat. Dan inilah juga satu-satunya cara untuk menyembah pencipta kita. Jika ada cara yang lebih baik, suruh mereka tunjukkan kepada kita.

Sebagai penambahan, orang Yahudi mempunyai cara solat yang hamper sama dengan Muslim kecuali mereka tiada rukuk. Hal yang demikian kerana, orang Yahudi Orthodox masih berpegang pada kita ajaran nabi-nabi terdahulu. Bila ditanya kepada orang kristian kenapa mereka tidak mengamalkan ajaran nabi-nabi terdahulu, mereka akan berkata bahawa “itu semua peraturan dalam perjanjian lama dan Jesus datang untuk memperbaharuinya”. Namun Jesus sendiri berkata:

 17 “Do not think that I have come to abolish the Law or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them.” Matthew 5:17 (NIV)

Sebagai penutup, apa yang aku ingin tekankan disini ialah, jika Christian bermaksud “Seseorang yang mengikut ajaran Jesus Christ” ini bermakna semua Muslim di dunia ini adalah lebih Christian daripada orang-orang Christian yang ada. Hal yang demikian kerana umat Islam masih mengekalkan ajaran nabi-nabi terdahulu yang juga diamalkan oleh Jesus Christ dan kami sayang Jesus lebih dari bagaimana kamu menyayangi dia. Terima kasih. Assalamualaikum.

By,
Servant of Allah

Tuesday, April 10, 2012

Ramalan Kedatangan Muhammad S.A.W dalam Bible??

Sejak beribu tahun dahulu, ahli-ahli kitab sangat bersetuju mengatakan bahawa Bible dari Old Testament mengadungi beribu-ribu ramalan berkenaan kedatangan Jesus. Bible juga dikatakan mempunyai pelbagai ramalan kedatangan kerajaan lain seperti Babylon dan Russia. 

Bagaimana dengan Muhammad S.A.W?? Bila ditanya kepada mereka, mereka akan cakap tiada satu pun ramalan berkenaan Muhammad. Muhammad, seorang yang telah membawa berjuta-juta orang untuk percaya kepada Jesus ataupun Isa A.S. tidak diramalkan dalam kitab yang dikatakan kitab Tuhan?? Tambahan pula, setiap ramalan yang dikatakan untuk Jesus, tiada satu pun mengandungi nama "Jesus". Semuanya dibiarkan tanpa nama. Ramalan paling hampir berkenaan kelahiran seseorang dari wanita yang masih suci boleh dilihat dalam Isaiah 7: 14 yg berbunyi: 

"Therefore the Lord Himself giveth to you a sign, Lo, the Virgin is conceiving, And is bringing forth a son, And hath called his name Immanuel" Isaiah 7:14

Lihat balik ayat diatas. Semua Kristian setuju ayat ini meramalkan kelahiran Jesus, tapi untuk pengetahuan anda, sepanjang hidup Jesus dia tidak pernah sekalipun digelar Immanuel. Nama gelarannya biasa dia adalah The Christ ataupun Messiah dimana jika diterjemahkan ke bahasa Arab, ianyanya adalah al-Masih. Dengan erti kata lain, tiada satu pun ramalan dari Old Testament yang dikatakan sebagai ramalan kedatangan Jesus disertakan dengan nama "Jesus".

Mari kita cuba ambil satu ramalan dari Old Testament dan kita gunakan ke atas Muhammad S.A.W. Sebagai contoh book of Deuteronomy (salah satu buku utk kitab Taurat milik nabi Musa or Moses) 18:18:

"I will raise up for them a prophet like you from among their brothers; I will put my words in his mouth, and he will tell them everything I command him."  Deuteronomy 18:18 (NIV)

Ayat diatas adalah diberikan oleh Tuhan kepada Moses (nabi Musa). Semua ahli kitab akan mengatakan bahawa ini adalah ramalan kedatangan Jesus. Jadi marilah kita cuba letakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang diramalkan. Jadi disitu ada 3 ciri nabi yang diramalkan tersebut iaitu “a prophet like you”, “among their brothers” dan “put my words in his mouth”.


1. A Prophet Like You?
Adakah Jesus sama seperti Moses? Apa yang boleh disamakan antara mereka Jesus dan Moses adalah Yahudi dan kedua2 mereka adalah Nabi. Namun jika ini sahaja persamaannya, kemungkinan besar sahaja nabi yang diramalkan itu adalah nabi-nabi selepas Moses kerana kebanyakkan mereka adalah Yahudi. Bagaimana pula dengan Muhammad? Disini saya sertakan jadual perbezaan dan persamaan mereka dengan Moses:



Pelbagai lagi perbezaan yang boleh dikemukakan tetapi cukuplah disini. Sebagai contoh juga, Moses dan Muhammad, kedua-dua mereka berkahwin dan mempunyai zuriat tetapi Jesus tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.


2. Among their brothers??
Kenapa bukan “among the Jewish”? Apa yang Tuhan ingin tekankan disini?? Jadi mari kita lihat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia bukan seorang Yahudi dan ayat ini tidak mengatakan nabi yang akan datang nanti berketurunan Yahudi. Oleh itu, marilah kita lihat salah silah keluarga Nabi Muhammad dan Jesus. Jika kita lihat kepada keturunan mereka, kedua-dua mereka akan dipertemukan di Abraham A.S (Ibrahim). Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri dan dari dua orang isteri itu, lahir dua orang nabi iaitu Ishmael dan Isaac. Apa yang boleh disimpulkan disini adalah, mereka adalah adik-beradik (brothers) dan sangat logic jika nabi yang diramalkan adalah keturunan Ishmael ataupun nabi Ismail.



3. Put my words in his mouth?
Perkara ini sangat mudah. Sebagaimana yang kita tahu, apa yang disampaikan oleh Jesus kebanyakkannya adalah berdasarkan ajaran Moses. Dia juga menekankan “10 commandments” dimana sesiapa yang ingin masuk ke syurga, patuhi 10 commandments. Bagaimana pula perkara ini dapat diletakkan kepada nabi Muhammad?
Sebagaimana kita tahu, nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf. Dia tidak pandai membaca. Kita lihat balik wahyu pertama yang diterimanya. Iaitu Surah Al-'Alaq, dari kejadian tersebut, kita dapat lihat bagaimana wahyu itu “dimasukkan ke dalam mulut” nabi Muhammad S.A.W. Beliau tidak dapat menyebut “Iqra’” sehinggalah beberapa kali Malaikat Jibril mengulanginya, barulah beliau dapat menyebutnya. Dengan erti kata lain, segala di dalam al-Quran adalah datangnya dari Tuhan dan tiada tokok tambah oleh Nabi Muhammad.



Itu sahaja lah yang dapat saya rungkaikan berkenaan ramalan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W di dalam Bible. Sebenarnya, pelbagai lagi ramalan yang Nabi Muhammad dapat dimasukkan ke dalam ramalan tersebut. Berdasarkan Deuteronomy 18:18 juga, pelbagai lagi penjelasan dapat diberikan dalam membuktikan nabi tersebut adalah Muhammad. 



Selain itu, jika dibaca pada buku Acts 3:19-23 kita dapat lihat bagaimana ketua kepada pengikut Jesus iaitu Peter mengatakan bahawa Jesus akan kekal di syurga hingga suatu masa dimana "suatu masa" itu diterangkan olehnya mengenai ramalan yang terdapat dalam Deuteronomy tentang turunnya nabi yang seakan nabi Musa dan setiap orang haruslah mendengar kebenaran-kebenaran yang disampaikan oleh nabi tersebut.




Segala tulisan saya di atas ini adalah dalam merujuk kepada ceramah yang telah disampaikan oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat beberapa dekad lalu.


By,
Servant of Allah