Triniti
Apakah itu Triniti?
Triniti merupakan doktrin ahli kitab dimana
mereka percaya Tuhan itu satu didalam 3 bentuk iaitu Tuhan Bapa (God the
Father), Jesus (God the Son) dan Roh Kudus (Holy Spirit). Walaupun dalam 3
bentuk, mereka akan tetap menekankan bahawa ketiga-tiga itu adalah satu dan
akan memberikan beberapa analogi seperti
analogi air (pepejal, cecair, gas).
Bagaimana logiknya triniti?
Sesungguhnya konsep ini sungguh tidak masuk
akal kerana jika disebut tentang Tuhan Bapa, akan melekat di fikiran mereka
tentang seorang tua seakan bapa, manakala jika disebut tentang Jesus, mereka
akan mula terbayang tentang seorang lelaki tampan, berjubah putih, berjanggut,
bermata biru dan jika disebut tentang Roh Kudus, mereka akan terfikir tentang
burung merpati yang turun dari langit. Mereka sama sekali tidak akan dapat
memikirkan Tuhan dalam satu bentuk kerana didalam fikira mereka, mereka tetap
memikirkan 3 karakter ini!
Wujudkah Triniti di dalam Bible?
Sesungguhnya boleh dikatakan tiada triniti
di dalam bible. Ayat paling kuat untuk menyokong doktrin ini ada pada 1 John
5:7 melalui terjemahan King James Version (KJV) “For there are three that bear
record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are
one.” Namun ayat ini hanya boleh didapati melalui terjemahan KJV kerana pada 1902
setelah dirujuk kembali berdasarkan manuskrip Bible terawal, yang dirujuk oleh
32 skolar Christian pada tahap tertinggi, mereka mengatakan bahawa ayat ini
merupakan pemalsuan dan penambahan dan mereka telah membuang ayat ini keluar
daripada Bible. Jika kita pergi ke terjemahan selepas KJV, sesungguhnya ayat
ini tidak wujud lagi. Dengan erti kata lain, triniti telahpun tiada di dalam
Bible itu sendiri dah umat Kristian sesungguhnya telah jauh terpesong dari ajaran sebenar Jesus.