Sejak beribu tahun dahulu, ahli-ahli kitab sangat bersetuju mengatakan bahawa Bible dari Old Testament mengadungi beribu-ribu ramalan berkenaan kedatangan Jesus. Bible juga dikatakan mempunyai pelbagai ramalan kedatangan kerajaan lain seperti Babylon dan Russia.
Bagaimana dengan Muhammad S.A.W?? Bila ditanya kepada mereka, mereka akan cakap tiada satu pun ramalan berkenaan Muhammad. Muhammad, seorang yang telah membawa berjuta-juta orang untuk percaya kepada Jesus ataupun Isa A.S. tidak diramalkan dalam kitab yang dikatakan kitab Tuhan?? Tambahan pula, setiap ramalan yang dikatakan untuk Jesus, tiada satu pun mengandungi nama "Jesus". Semuanya dibiarkan tanpa nama. Ramalan paling hampir berkenaan kelahiran seseorang dari wanita yang masih suci boleh dilihat dalam Isaiah 7: 14 yg berbunyi:
"Therefore the Lord Himself giveth to you a sign, Lo, the Virgin is conceiving, And is bringing forth a son, And hath called his name Immanuel" Isaiah 7:14
Lihat balik ayat diatas. Semua Kristian setuju ayat ini meramalkan kelahiran Jesus, tapi untuk pengetahuan anda, sepanjang hidup Jesus dia tidak pernah sekalipun digelar Immanuel. Nama gelarannya biasa dia adalah The Christ ataupun Messiah dimana jika diterjemahkan ke bahasa Arab, ianyanya adalah al-Masih. Dengan erti kata lain, tiada satu pun ramalan dari Old Testament yang dikatakan sebagai ramalan kedatangan Jesus disertakan dengan nama "Jesus".
Mari kita cuba ambil satu ramalan dari Old Testament dan kita gunakan ke atas Muhammad S.A.W. Sebagai contoh book of Deuteronomy (salah satu buku utk kitab Taurat milik nabi Musa or Moses) 18:18:

"I will raise up for them a prophet like you from among their brothers; I will put my words in his mouth, and he will tell them everything I command him." Deuteronomy 18:18 (NIV)
Ayat diatas adalah diberikan oleh Tuhan kepada Moses (nabi Musa). Semua ahli kitab akan mengatakan bahawa ini adalah ramalan kedatangan Jesus. Jadi marilah kita cuba letakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang diramalkan. Jadi disitu ada 3 ciri nabi yang diramalkan tersebut iaitu “a prophet like you”, “among their brothers” dan “put my words in his mouth”.
1. A Prophet Like You?
Adakah Jesus sama seperti Moses? Apa yang boleh disamakan antara mereka Jesus dan Moses adalah Yahudi dan kedua2 mereka adalah Nabi. Namun jika ini sahaja persamaannya, kemungkinan besar sahaja nabi yang diramalkan itu adalah nabi-nabi selepas Moses kerana kebanyakkan mereka adalah Yahudi. Bagaimana pula dengan Muhammad? Disini saya sertakan jadual perbezaan dan persamaan mereka dengan Moses:
Pelbagai lagi perbezaan yang boleh dikemukakan tetapi cukuplah disini. Sebagai contoh juga, Moses dan Muhammad, kedua-dua mereka berkahwin dan mempunyai zuriat tetapi Jesus tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.
2. Among their brothers??
Kenapa bukan “among the Jewish”? Apa yang Tuhan ingin tekankan disini?? Jadi mari kita lihat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia bukan seorang Yahudi dan ayat ini tidak mengatakan nabi yang akan datang nanti berketurunan Yahudi. Oleh itu, marilah kita lihat salah silah keluarga Nabi Muhammad dan Jesus. Jika kita lihat kepada keturunan mereka, kedua-dua mereka akan dipertemukan di Abraham A.S (Ibrahim). Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri dan dari dua orang isteri itu, lahir dua orang nabi iaitu Ishmael dan Isaac. Apa yang boleh disimpulkan disini adalah, mereka adalah adik-beradik (brothers) dan sangat logic jika nabi yang diramalkan adalah keturunan Ishmael ataupun nabi Ismail.
3. Put my words in his mouth?
Perkara ini sangat mudah. Sebagaimana yang kita tahu, apa yang disampaikan oleh Jesus kebanyakkannya adalah berdasarkan ajaran Moses. Dia juga menekankan “10 commandments” dimana sesiapa yang ingin masuk ke syurga, patuhi 10 commandments. Bagaimana pula perkara ini dapat diletakkan kepada nabi Muhammad?
Sebagaimana kita tahu, nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf. Dia tidak pandai membaca. Kita lihat balik wahyu pertama yang diterimanya. Iaitu Surah Al-'Alaq, dari kejadian tersebut, kita dapat lihat bagaimana wahyu itu “dimasukkan ke dalam mulut” nabi Muhammad S.A.W. Beliau tidak dapat menyebut “Iqra’” sehinggalah beberapa kali Malaikat Jibril mengulanginya, barulah beliau dapat menyebutnya. Dengan erti kata lain, segala di dalam al-Quran adalah datangnya dari Tuhan dan tiada tokok tambah oleh Nabi Muhammad.
Itu sahaja lah yang dapat saya rungkaikan berkenaan ramalan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W di dalam Bible. Sebenarnya, pelbagai lagi ramalan yang Nabi Muhammad dapat dimasukkan ke dalam ramalan tersebut. Berdasarkan Deuteronomy 18:18 juga, pelbagai lagi penjelasan dapat diberikan dalam membuktikan nabi tersebut adalah Muhammad.
Selain itu, jika dibaca pada buku Acts 3:19-23 kita dapat lihat bagaimana ketua kepada pengikut Jesus iaitu Peter mengatakan bahawa Jesus akan kekal di syurga hingga suatu masa dimana "suatu masa" itu diterangkan olehnya mengenai ramalan yang terdapat dalam Deuteronomy tentang turunnya nabi yang seakan nabi Musa dan setiap orang haruslah mendengar kebenaran-kebenaran yang disampaikan oleh nabi tersebut.
Segala tulisan saya di atas ini adalah dalam merujuk kepada ceramah yang telah disampaikan oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat beberapa dekad lalu.
By,
Servant of Allah

No comments:
Post a Comment